Bismillah..
Alhamdulillah, aku dah kembali ke Taman Ilmu dan Budi. Ehmm..mmg aku betul-betul jadi seorang musafir bila kaki pertama aku keluarkan dari perut rumah.
Angah memandu ke Melaka Central, mak di sebelah dan ayah di kerusi depan. Adik bongsu aku je yg tak ikut (main bola dgn team kampung aku..hehe) Teringat plak zaman muda-muda dulu:)
Mak bagi aku duit lebih, biasalah short sem ni mana ade PTPTN. Then, aku sendiri dah warning diri..kena berjimat sket (aku boros sangat ke??) Aku dakap ayah bonda. Mereka kucup aku erat. Terlintas rindu dalam hati, bila lagi kita akan bersua ye?? Lepas salam, aku terus naik bas. Bubbye Melaka, jumpe lagi nanti..
Well, nak cakap yg beg aku mmg berat giler. Aku cukup sempoi..dengan seluar dan T-shirt yg tertulis 'Harder than Boy' kat side belakang, aku galas beg kencang. Phew!! Memang dah takde yang skema dan ayu dlm pemakaian aku tadi (hehe..aku ayu ke??) Rasa cam ganas je. Sungguh, bila dah time gini, maaflah kat orang keliling, aku akan bersama 'duniaku' sendiri.
Malang pertama, tali beg aku putus sebaik sampai kat Star. Cet!! Malu gile (tapi aku cover baik..hehe) Pas amik tiket, aku segera beredar utk melepasi zon tiket. Huk aloh!! Awat tak bleh masuk? Tetiba je ade brader tegur aku. Huhu..malu kali kedua. Aku pun ikut ar cakap dia, rupanya tiket tu kena dimasukkan semula (cammane aku bleh tak pasan) Eh!! Gilo!! Aku lupa cakap mekasih kat dia (dalam hati..hensem gak budak tu..hehe) Tapi sbb dah malas nak melayan keberatan beg, aku segera beredar. Ehmm..termengah jugak. Nasib baik aku dah biasa dengan keadaan tu.
Sampai kat tempat menunggu, aku sapu peluh. Peh!! Mengalir rintik hebat. Aku pandang beg yang putus, teringat plak kat ayah. Baru je tadi orang tua aku tegur "Beg tu macam nak putus" aku buat dek aje.."Tahan lagi" kataku..dan sesungguhnya ia tak lama..aku pandang lagi beg aku..yang terputus.
Dalm LRT aku decide nak singgah Rumah Uda, biar amik angin sket dan luruskan tulang aku sebelum aku selesaikan keja kat kolej. (Terbayang beg dan kotak aku yang maha banyak) Huhuhu..lagi satu, matrik kad bukannye ade kat aku. Kalo nak regist mmg dah tak bleh. Nak balik naik bas, kena tahan plak nanti sbb takde matric kad. Takpelah, ok gak. Bleh jenguk Uda dan keluarganya. Lagi pon dah lama aku tak jengah mereka.
Sampai kat Damai, Uda amik aku. Kat umah, Mak Uda tengah masak. Aku layan borak. Layan adik-adik aku. Then, pas solat sempat lagi aku ngajor adik2 aku belajar. Hmm..nasihat takkan kering dari bibir. Aku nak depa belajar rerajin. Semua orang pon ada bakat utk berjaya. Aku percaya pada hakikat itu.
Seronok berharian bersama keluarga Uda dan akhirnya aku berkeputusan utk balik malam ni gak. Uda bawa aku ke JJ utk sedikit aktiviti menghabiskan duit..hehe. Adik-adik tu mmg Uda selalu bawa bila antar aku "Ke universiti Along" kata Uda, cara bagi motivasi utk mereka lebih bersungguh dalam pelajaran.
Aku skang depan pc, sakit kepala. Aku dah cek bilik, risau plak kalo kena sebarang denda..hehe (aku ade buat salah ke??) Actually, banyak yang aku nak kongsikan. InsyaAllah ada masa aku akan tulis kemudian sebab aku buat jurnal sepanjang cuti berlangsung. TIAP KATA, TIAP HIKAM dan TIAP apa yang TERLINTAS DEPAN MATA..AKU CATAT pada RETINA berMINDA. Satu yang menarik perhatianku ttg kisah seorang cina yang menjual ikan di pasar melaka. Kejadian usik mengusik antara pembeli dan jurujual pada hari kelahiran besar Rasulullah. Kami ke pasar nak beli ikan..hehe. Tau apa yang dikata oleh lelaki Cina tu bila mak menduganya ttg harga ikan?? "Hari ni hari besar, mana boleh tipu-tipu orang. Nanti tak ade rezeki" Ehmm..itu kata orang cina. Aku?? Aku dah banyak ke berselawat pada Baginda?? Sila fikirkan wahai diri..
Oklah, aku berjauh dulu..ada masa ketemu lagi:) Selamat berjuang pada rakan UIAM pada sem baru ni. Barakallahuliwalakum.. :)
P/s: Esok Bestday Ayahanda..
No comments:
Post a Comment